Saturday, 1 March 2014

  JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN ORGANISASI

Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Ahli Jawatankuasa





Pengetua
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan Kokurikulum
Guru Kanan Mata Pelajaran Sains & Matematik
Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa
Guru kanan Mata Pelajaran Teknik & Vokasional
Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan
Setiausaha J/Kuasa Bimbingan dan Kaunseling
Penyelaras Program Pendidikan Khas
Ketua Pembantu Tadbir
PANDUAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN ORGANISASI
i.            GAYA KEPIMPINAN : Kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk menggembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah.
a.        Terdapat unsur  inovasi/kreativiti/amalan terbaik  yang  diiktiraf  atau boleh dicontohi . Contohnya Pengetua mendapatkan maklum balas tentang gaya kepimpinannya dan memanfaatkannya untuk penambahbaikan seperti mewujudkan peti cadangan, melalui media social (seperti facebook, WhatsApp dan lain-lain) atau cara lain.
b.        Pengetua mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi.
c.        Pengetua bertindak secara proaktif  untuk melaksanakan perubahan  ke arah tindakan pembetulan/penambahbaikan.
d.        Pengetua berintegriti dan bersikap profesional dalam melaksanakan hampir keseluruhan tindakannya.
e.        Pengetua berpengetahuan luas untuk menjana idea yang bernas dan berkemahiran dalam memberi nasihat serta bimbingan.
f.         Pengetua mengamalkan budaya berdaya saing yang menjadi ikutan warga sekolah dalam melaksanakan tugas.
g.        Pengetua mendapat sokongan hampir keseluruhan warga sekolah.

ii. PENETAPAN DAN PELAKSANAAN HALA TUJU : Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan.
a.        Terdapat unsur  inovasi/kreativiti/amalan terbaik  yang  diiktiraf  atau boleh dicontohi . Contohnya Pengetua mempunyai sistem penyebaran visi, misi dan sasaran kepada ibu bapa dan komuniti secara berkesan  dan berterusan melalui  laman web sekolah/blog sekolah/brosur/buletin/e-mel berkelompok /media sosial (seperti facebook, WhatsApp dan lain-lain) poster dan carta.
b.        Pernyataan visi dan misi diperinci dengan jelas mengikut konteks sekolah.
c.        Pernyataan visi dan misi difahami oleh hampir keseluruhan warga sekolah.
d.        Visi dan misi dijadikan asas, panduan dan rujukan untuk merancang dan melaksanakan hampir keseluruhan program pemajuan sekolah.
e.        Visi dan misi menjadi hala tuju dalam menggerakkan warga sekolah untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan bagi mencapai matlamat sekolah.

iii. KEMAHIRAN KOMUNIKASI : Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian idea dan maklumat.
a.        Terdapat unsur  inovasi/kreativiti/amalan terbaik  yang  diiktiraf  atau boleh dicontohi. Contohnya Pengetua mewujudkan pelbagai kaedah yang berkesan dalam menyampaikan maklumat untuk tindakan warga sekolah seperti laman web sekolah/ blog sekolah/ brosur/buletin/e-mel berkelompok/ media sosial (seperti facebook, WhatsApp dan lain-lain).
b.        Pengetua mengamalkan komunikasi pelbagai hala untuk berkongsi idea/maklumat dengan mengambil kira keperluan pihak yang berkepentingan untuk kemajuan sekolah.
c.        Pengetua  sedia mendengar dan memanfaatkan pandangan yang berbeza untuk kemajuan sekolah.
d.        Hampir keseluruhan  arahan yang disampaikan adalah jelas untuk membolehkan warga sekolah melaksanakan tugas.
e.        Komunikasi berkesan Pengetua membolehkan warga sekolah mengetahui dan memahami  perkembangan terkini di sekolah dan dalam pendidikan negara.

iv. KEMAHIRAN MERANCANG : Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik (pelan strategik, taktikal, dan operasi) untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah.
a.        Terdapat unsur  inovasi/kreativiti/amalan terbaik  yang  diiktiraf  atau boleh di contohi. Contohnya: Pengetua memanfaatkan teknologi terkini seperti alat/peranti  elektronik untuk memantau penyediaan/pelaksanaan perancangan sekolah.
b.        Pengetua menerajui penyediaan perancangan strategik yang merangkumi bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid, kewangan, sumber manusia, kemudahan dan keperluan asas sekolah.
c.        Perancangan yang disediakan berasaskan analisis SWOT (strength, weakness, opportunity, threat) /alat analisis lain yang bersesuaian yang mengambil kira konteks sekolah.
d.        Sasaran ditetapkan berdasarkan TOV (Take Off Value), potensi murid, isu yang dikenal pasti dan sumber yang ada.
e.        Strategi yang dirangka membolehkan hampir keseluruhan sasaran yang ditetapkan tercapai.
f.         Pemantauan dan penilaian dirancang bagi memastikan program dilaksanakan dengan berkesan.

v. KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH: Kepimpinan sekolah memotivasikan warga sekolah untuk meningkatkan kualiti kerja.
a.        Terdapat unsur  inovasi/kreativiti/amalan terbaik  yang  diiktiraf  atau boleh dicontohi. Contohnya Pengetua mempunyai kaedah yang berkesan dalam memotivasi dan menggerakkan warga sekolah seperti mengadakan ‘Hari Kualiti Sekolah’ untuk memberikan pengiktirafan (anugerah khas) kepada guru yang cemerlang.
b.        Pengetua memberi sokongan, galakan dan pengiktirafan, memberi peluang memajukan diri, menjaga kebajikan dan keselamatan warga sekolah.
c.        Pengetua menghadiri hampir keseluruhan aktiviti sekolah untuk memotivasikan warga sekolah dalam melaksanakan tugas.
d.        Pengetua mempunyai panduan yang jelas untuk memberi pengiktirafan dengan mematuhi kriteria yang ditetapkan.
e.        Hampir keseluruhan warga sekolah komited dalam melaksanakan tugas.
f.         Hampir keseluruhan  hasil kerja warga sekolah berkualiti dan dilaksanakan melalui permuafakatan dan budaya kerja sepasukan.

vi. KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENYELESAIKAN MASALAH : Kepimpinan sekolah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah.
a.        Terdapat unsur  inovasi/kreativiti/amalan terbaik  yang  diiktiraf  atau boleh dicontohi. Contohnya Pengetua berjaya mewujudkan kaedah yang berkesan seperti penubuhan panel akrab, rakan  pembimbing, atau mentor mentee  untuk menangani warga sekolah yang bermasalah (inovasi /kreativiti untuk mengatasi masalah).
b.        Hampir keseluruhan keputusan dibuat dengan tepat, mengambil kira semua faktor yang berkaitan dan mematuhi peraturan/prosedur.
c.        Pengetua membuat keputusan secara individu atau kolektif mengikut keperluan.
d.        Pengetua berupaya mengenal pasti punca dan menyelesaikan masalah secara adil.
e.        Hampir keseluruhan masalah dapat diselesaikan oleh Pengetua /Guru Besar.

vii. KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL : Kepimpinan sekolah menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar.
a.        Terdapat unsur  inovasi/kreativiti/amalan terbaik  yang  diiktiraf  atau boleh dicontohi. Contohnya Pengetua menjadi  pakar  rujuk/ penceramah /pembimbing dalam program peningkatan pendidikan di peringkat sekolah /daerah /negeri/ kebangsaan.
b.        Pengetua menentukan matlamat dan ketetapan yang jelas dan berfokus mengenai pelaksanaan kurikulum.
c.        Pengetua mengajar sejumlah waktu yang ditetapkan.
d.        Pengetua mencerap PdP dan memastikan PdP semua guru dicerap dan maklum balas secara individu disampaikan.
e.        Pengetua menyelia hasil kerja atau tugasan dan pencapaian murid secara sistematik dan berterusan.
f.         Pengetua menyelia perancangan pengajaran dan hasil kerja hampir keseluruhan guru berkaitan PdP secara tekal.
g.        Pengetua mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi menyokong PdP yang berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid.

viii.PERKONGSIAN KEPIMPINAN : Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi memupuk kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.
a.        Terdapat unsur  inovasi/kreativiti/amalan terbaik  yang  diiktiraf  atau boleh dicontohi. Contohnya Pengetua memberi peluang dan membimbing secara sistematik kepimpinan pelbagai peringkat (Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia, dan lain-lain) dan berjaya meningkatkan kecekapan dan kelancaran pengurusan sekolah yang berkesan.
b.        Pengetua menurunkan kuasa untuk membolehkan keputusan dan tindakan bagi aspek yang sesuai dibuat dengan cekap dan berkesan.
c.        Hampir  keseluruhan  warga sekolah yang diberi tanggungjawab peka dan berkemahiran melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk memajukan sekolah.
d.        Peluang untuk meningkatkan kecekapan memimpin wujud melalui  pendedahan dan bimbingan termasuk latihan dalam perkhidmatan.
e.        Perkongsian kuasa yang diamalkan dapat meningkatkan kecekapan individu dan pengurusan sekolah.
f.         Sekolah beroperasi dengan lancer walaupun semasa ketiadaan Pengetua.

No comments:

Post a Comment