SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA WARGA
PEKULA JAYA YANG BERAGAMA ISLAM
PEKULA JAYA YANG BERAGAMA ISLAM
JAWATANKUASA INDUK
PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN SUKAN)
|
|
Pengerusi
Naib
Pengerusi 1
Naib
Pengerusi 11
Naib
Pengerusi 111
Setiausaha
Kokurikulum
Setiausaha
Sukan
Ahli
Jawatankuasa
|
Pengetua
Penolong
Kanan Kokurikulum
Penolong
Kanan Pentadbiran
Penolong
Kanan HEM
Encik
Yasrizam bin Yaakob
Encik
Firdauf bin Hamid
Puan
Salina binti Samad (Penyelaras Ko-Akademik)
Encik
Anuar bin Awang (Penyelaras Ko-Akademik)
Puan
Shafinaz binti Kassim(Penyelaras Ko-Akademik)
Encik
Hamzan bin Chin (Penyelaras Unit Uniform)
Puan
Nor Azah binti Aziz (Kelab Sukan & Permainan)
Puan
Hanizah binti Musa (Kelab & Persatuan Akademik)
Puan
Rohita binti Ahmad (Kelab & Persatuan Bukan Akademik)
|
PANDUAN
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN SUKAN
|
|
Ketetapan
dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan kokurikulum dan
sukan.
a. Terdapat
unsur inovasi/kreativiti/amalan
terbaik yang diiktiraf
atau boleh dicontohi. Contohnya kepatuhan kepada ketetapan pelaksanaan
kokurikulum dan sukan secara berterusan berjaya membawa perubahan positif dan
keselarasan dalam pelaksanaan kokurikulum dan sukan sekolah.
b. Ketetapan
berkaitan pelaksanaan kokurikulum dan sukan dibuat dengan mematuhi Akta
Pendidikan, Peraturan Pendidikan, SPI, Surat Siaran, Panduan Pengurusan PBS,
dasardasar KPM dan mengikut keperluan sekolah.
c. Ketetapan
berkaitan pelaksanaan kokurikulum dan sukan merangkumi pemilihan guru
penasihat/jurulatih, pendaftaran, perjawatan murid, kekerapan dan masa
perjumpaan, perlembagaan, sukatan, mekanisme pemantauan, keselamatan,
penilaian, pengiktirafan dan penghargaan dibuat dan dipatuhi untuk memastikan kegiatan kokurikulum dan
sukan dilaksanakan secara berkesan.
d. Hampir
keseluruhanketetapan tersebut dinyatakan secara tersurat dengan kemas kini
sebagai panduan pengurusan kokurikulum dan sukan.
|
JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN ORGANISASI
|
|
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Ahli Jawatankuasa
|
Pengetua
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan Kokurikulum
Guru Kanan Mata Pelajaran Sains
& Matematik
Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa
Guru kanan Mata Pelajaran Teknik
& Vokasional
Guru Kanan Mata Pelajaran
Kemanusiaan
Setiausaha J/Kuasa Bimbingan dan
Kaunseling
Penyelaras Program Pendidikan Khas
Ketua Pembantu Tadbir
|
PANDUAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA INDUK
PENGURUSAN ORGANISASI
|
|
i.
GAYA KEPIMPINAN : Kepimpinan
sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk menggembleng tenaga warga
sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah.
a.
Terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik
yang diiktiraf atau boleh dicontohi . Contohnya Pengetua
mendapatkan maklum balas tentang gaya kepimpinannya dan memanfaatkannya untuk
penambahbaikan seperti mewujudkan peti cadangan, melalui media social
(seperti facebook, WhatsApp dan lain-lain) atau cara lain.
b.
Pengetua mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi.
c.
Pengetua bertindak secara proaktif
untuk melaksanakan perubahan ke
arah tindakan pembetulan/penambahbaikan.
d.
Pengetua berintegriti dan bersikap profesional dalam melaksanakan
hampir keseluruhan tindakannya.
e.
Pengetua berpengetahuan luas untuk menjana idea yang bernas dan
berkemahiran dalam memberi nasihat serta bimbingan.
f.
Pengetua mengamalkan budaya berdaya saing yang menjadi ikutan warga
sekolah dalam melaksanakan tugas.
g.
Pengetua mendapat sokongan hampir keseluruhan warga sekolah.
ii. PENETAPAN
DAN PELAKSANAAN HALA TUJU : Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi
sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat
dan objektif yang ditetapkan.
a.
Terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik
yang diiktiraf atau boleh dicontohi . Contohnya Pengetua
mempunyai sistem penyebaran visi, misi dan sasaran kepada ibu bapa dan
komuniti secara berkesan dan
berterusan melalui laman web
sekolah/blog sekolah/brosur/buletin/e-mel berkelompok /media sosial (seperti
facebook, WhatsApp dan lain-lain) poster dan carta.
b.
Pernyataan visi dan misi diperinci dengan jelas mengikut konteks
sekolah.
c.
Pernyataan visi dan misi difahami oleh hampir keseluruhan warga
sekolah.
d.
Visi dan misi dijadikan asas, panduan dan rujukan untuk merancang
dan melaksanakan hampir keseluruhan program pemajuan sekolah.
e.
Visi dan misi menjadi hala tuju dalam menggerakkan warga sekolah
untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan bagi mencapai
matlamat sekolah.
iii. KEMAHIRAN
KOMUNIKASI : Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk
perkongsian idea dan maklumat.
a.
Terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik
yang diiktiraf atau boleh dicontohi. Contohnya Pengetua
mewujudkan pelbagai kaedah yang berkesan dalam menyampaikan maklumat untuk
tindakan warga sekolah seperti laman web sekolah/ blog sekolah/
brosur/buletin/e-mel berkelompok/ media sosial (seperti facebook, WhatsApp
dan lain-lain).
b.
Pengetua mengamalkan komunikasi pelbagai hala untuk berkongsi
idea/maklumat dengan mengambil kira keperluan pihak yang berkepentingan untuk
kemajuan sekolah.
c.
Pengetua sedia mendengar dan
memanfaatkan pandangan yang berbeza untuk kemajuan sekolah.
d.
Hampir keseluruhan arahan
yang disampaikan adalah jelas untuk membolehkan warga sekolah melaksanakan
tugas.
e.
Komunikasi berkesan Pengetua membolehkan warga sekolah mengetahui
dan memahami perkembangan terkini di
sekolah dan dalam pendidikan negara.
iv. KEMAHIRAN
MERANCANG : Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik
(pelan strategik, taktikal, dan operasi) untuk mencapai matlamat dan objektif
sekolah.
a.
Terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik
yang diiktiraf atau boleh di contohi. Contohnya: Pengetua
memanfaatkan teknologi terkini seperti alat/peranti elektronik untuk memantau
penyediaan/pelaksanaan perancangan sekolah.
b.
Pengetua menerajui penyediaan perancangan strategik yang merangkumi
bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid, kewangan,
sumber manusia, kemudahan dan keperluan asas sekolah.
c.
Perancangan yang disediakan berasaskan analisis SWOT (strength,
weakness, opportunity, threat) /alat analisis lain yang bersesuaian yang
mengambil kira konteks sekolah.
d.
Sasaran ditetapkan berdasarkan TOV (Take Off Value), potensi murid,
isu yang dikenal pasti dan sumber yang ada.
e.
Strategi yang dirangka membolehkan hampir keseluruhan sasaran yang
ditetapkan tercapai.
f.
Pemantauan dan penilaian dirancang bagi memastikan program
dilaksanakan dengan berkesan.
v. KEMAHIRAN
MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH: Kepimpinan sekolah memotivasikan
warga sekolah untuk meningkatkan kualiti kerja.
a.
Terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik
yang diiktiraf atau boleh dicontohi. Contohnya Pengetua
mempunyai kaedah yang berkesan dalam memotivasi dan menggerakkan warga
sekolah seperti mengadakan ‘Hari Kualiti Sekolah’ untuk memberikan
pengiktirafan (anugerah khas) kepada guru yang cemerlang.
b.
Pengetua memberi sokongan, galakan dan pengiktirafan, memberi
peluang memajukan diri, menjaga kebajikan dan keselamatan warga sekolah.
c.
Pengetua menghadiri hampir keseluruhan aktiviti sekolah untuk
memotivasikan warga sekolah dalam melaksanakan tugas.
d.
Pengetua mempunyai panduan yang jelas untuk memberi pengiktirafan
dengan mematuhi kriteria yang ditetapkan.
e.
Hampir keseluruhan warga sekolah komited dalam melaksanakan tugas.
f.
Hampir keseluruhan hasil
kerja warga sekolah berkualiti dan dilaksanakan melalui permuafakatan dan
budaya kerja sepasukan.
vi. KEMAHIRAN
MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENYELESAIKAN MASALAH : Kepimpinan sekolah membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan
sekolah.
a.
Terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik
yang diiktiraf atau boleh dicontohi. Contohnya Pengetua
berjaya mewujudkan kaedah yang berkesan seperti penubuhan panel akrab,
rakan pembimbing, atau mentor
mentee untuk menangani warga sekolah
yang bermasalah (inovasi /kreativiti untuk mengatasi masalah).
b.
Hampir keseluruhan keputusan dibuat dengan tepat, mengambil kira semua
faktor yang berkaitan dan mematuhi peraturan/prosedur.
c.
Pengetua membuat keputusan secara individu atau kolektif mengikut
keperluan.
d.
Pengetua berupaya mengenal pasti punca dan menyelesaikan masalah
secara adil.
e.
Hampir keseluruhan masalah dapat diselesaikan oleh Pengetua /Guru
Besar.
vii. KEPIMPINAN
INSTRUKSIONAL : Kepimpinan sekolah menerajui pelaksanaan kurikulum dan
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya
belajar.
a.
Terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik
yang diiktiraf atau boleh dicontohi. Contohnya Pengetua
menjadi pakar rujuk/ penceramah /pembimbing dalam program
peningkatan pendidikan di peringkat sekolah /daerah /negeri/ kebangsaan.
b.
Pengetua menentukan matlamat dan ketetapan yang jelas dan berfokus mengenai
pelaksanaan kurikulum.
c.
Pengetua mengajar sejumlah waktu yang ditetapkan.
d.
Pengetua mencerap PdP dan memastikan PdP semua guru dicerap dan
maklum balas secara individu disampaikan.
e.
Pengetua menyelia hasil kerja atau tugasan dan pencapaian murid secara
sistematik dan berterusan.
f.
Pengetua menyelia perancangan pengajaran dan hasil kerja hampir
keseluruhan guru berkaitan PdP secara tekal.
g.
Pengetua mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi
menyokong PdP yang berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik dan
sahsiah murid.
viii.PERKONGSIAN
KEPIMPINAN : Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi
memupuk kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.
a.
Terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik
yang diiktiraf atau boleh dicontohi. Contohnya Pengetua
memberi peluang dan membimbing secara sistematik kepimpinan pelbagai
peringkat (Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia, dan
lain-lain) dan berjaya meningkatkan kecekapan dan kelancaran pengurusan sekolah
yang berkesan.
b.
Pengetua menurunkan kuasa untuk membolehkan keputusan dan tindakan
bagi aspek yang sesuai dibuat dengan cekap dan berkesan.
c.
Hampir keseluruhan warga sekolah yang diberi tanggungjawab
peka dan berkemahiran melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk
memajukan sekolah.
d.
Peluang untuk meningkatkan kecekapan memimpin wujud melalui pendedahan dan bimbingan termasuk latihan
dalam perkhidmatan.
e.
Perkongsian kuasa yang diamalkan dapat meningkatkan kecekapan
individu dan pengurusan sekolah.
f.
Sekolah beroperasi dengan lancer walaupun semasa ketiadaan Pengetua.
|
JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN KURIKULUM
|
|
Pengerusi
Naib
Pengerusi 1
Naib
Pengerusi II
Naib
Pengerusi III
Setiausaha
I
Setiausaha
II
Ahli
Jawatankuasa
|
Pengetua
Penolong
Kanan Pentadbiran
Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong
Kanan Kokurikulum
Puan
Azma binti Rashid
Puan
Noraishah binti Tahir
Semua
GKM
Kaunselor
Pelajar
Semua
Ketua Panitia
Setiausaha
Peperiksaan Awam
Setiausaha
Peperiksaan Dalaman
Setiausaha
Latihan Dalam Perkhidmatan
Setiausaha
PBS dan SPPBS
Setiausaha
SPBT
Penyelaras
Pusat Sumber
Penyelia
Tingkatan
Penyelaras
Pendidikan Khas
|
PANDUAN BIDANG
TUGAS JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN KURIKULUM
|
|
Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan
keselarasan pelaksanaan kurikulum kebangsaan.
a.
Terdapat unsur
inovasi/kreativiti/amalan terbaik
yang diiktiraf atau boleh dicontohi. Contohnya kepatuhan
kepada ketetapan pelaksanaan kurikulum secara berterusan berjaya membawa
perubahan positif dan keselarasan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah.
b.
Ketetapan berkaitan pelaksanaan kurikulum dibuat
dengan mematuhi Akta Pendidikan, Peraturan Pendidikan, Surat Pekeliling
Ikhtisas (SPI), Surat Siaran, dasar-dasar KPM dan mengikut keperluan sekolah.
c.
Ketetapan berkaitan pelaksanaan kurikulum
merangkumi peruntukan kewangan mata pelajaran, pentaksiran, latihan atau
tugasan, pakej mata pelajaran yang ditawarkan mengikut keperluan dan sumber
pendidikan dibuat dan dipatuhi untuk memastikan pelaksanaan kurikulum yang
berkesan.
d.
Hampir keseluruhan
ketetapan dinyatakan secara tersurat
sebagai panduan pengurusan kurikulum.
|